Kelas Asas Microsoft Word Kumpulan 4

15 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word bagi Kumpulan 4 bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada 6 orang pelajar sekolah menengah dan 2 orang belia.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada Microsoft Word dan fungsinya. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan font dan paraghraph dalam Microsoft Word.

Selain itu,peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan dan pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang sesi kelas berlangsung. Diharap agar ilmu yang dikongsi dapat dipraktikkan dengan baik pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali